Wednesday, August 20, 2008

Sebiji Epal Setiap Hari Belum Tentu Menjadikan Kamu Insan Bebas Bulu Kaki.

"Saya bangkang!"

Jerit hati kecil Pachilo Samuel El-Jamil. Muka senyum.

"Dasar lelaki kacak hipokrit."

Jerit kamu dalam hati. Muka blushing.

Biarlah. Aku cuma meniputih (menipu putih = white lie).

Aku berkeras membangkang prinsip Ma'am Besar yang bersemangat mengeluarkan Ringgit Malaysia Seringgit Setengah membeli akhbar Berita Harian setiap hari. Tanpa tertinggal hatta satu edisi pun. Kecuali kalau kedai Makcik Sabariah kehabisan stok atau aku yang sengaja lambat pergi beli dengan harapan supaya kedai Makcik Sabariah kehabisan stok.

Sekarang musim pilihanraya. Semua orang demam pilihanraya. Surat khabar Berita Harian jangan cerita. Mesti akan ada cerita buruk busuk pasal Pakatan Rakyat. Wajib kena ada kisah busuk Anwar Ibrahim. Wajibul ghunnah musyaddat pasti tayang coretan tak positif berkaitan mana-mana parti pembangkang.

Aku okay. Aku faham. Kebebasan bersuara. Memang semua orang yang beli Berita Harian nawaitu suci nan satu dan luhur mereka hanya mau baca semua-semua itu.

Betul. Saya faham. Saya tak kisah. Entah-entah kalau saya yang jadi tauke Berita Harian pun, entah lagi teruk saya taruh depa.

Itu yang aku cuba hujah pada Ma'am Besar. Tapi beliau seorang yang yakin pada prinsipnya; "I baca bahagian lain."

Okay. Duit beliau. Aku selaku anak mithali, tumpang dapat pahala sepam dua bila tolong pergi belikan Berita Harian. Kalau ada stok di kedai Makcik Sabariah.

Aku cuba menjadikan suasana lebih positif.

"Takkan sekonyong-konyong Berita Harian ini semua penulisnya mau cerita tentang keaiban orang lain?"

"Mesti ada satu dua sub tajuk yang menyampah nak ulas tentang sangkut paut politik sodomi mutakhir Keranamu Malaysia?"

Aku belek. Dan belek. Masih belek. Dan belek.

Memang kecil dan terampil. Tapi harga tidak mengecil dan masih terampil.

Saya faham. Krisis minyak di Amerika Syarikat. Harga satu tong. Ngu nga ngu nga. Venezuela Burkina Faso Azerbaijan Lee Chong Wei Beras Jati ngu nga ngu nga. Semua-semua itu mempengaruhi harga.

Harga yang ditentukan oleh mereka yang Berita Harian tidak akan sekali-kali tulis cerita buruk busuk tengik itu.

Saya faham.

Fuh.

Nasib baik ada Olimpik. Aku pun baca dan baca dan tengok kalau ada gambar cleavage atau atlit perempuan berbaju ketat atau model iklan kuruskan badan dari 70 kilogram menjadi 45 kilogram yang belakang mukasuratnya adalah sub topik Kemusykilan Agama.

Aku pasti akhbar ini pasti 99.9 peratus pembacanya adalah orang yang fasih berbahasa Melayu. Baki 0.1 peratus berkemungkinan besar hanya mahu kumpul gambar model kuruskan badan yang macam tak pakai baju yang aku suka tengok itu. Dalam 99.9 peratus itu kapasiti tingginya adalah orang Melayu. Yang memperjuangkan Ketuanan Melayu. Yang melenting tentang UiTM khusus untuk Melayu. Dan yang akan berduyun meramaikan Jom Heboh yang sangat memberikan impak positif kepada bangsa Melayu.

Yang membaca Berita Harian.

Berita Harian.

Yang di bahagian sukannya, ada keputusan empat nombor ekor.

Agak-agaknyalah, untuk rujukan siapa keputusan empat nombor ekor tersebut?

Tuesday, August 19, 2008

Hari Itu.

Hari itu, aku kena hantar barang. Hari apa? Kamu jangan tanya aku. Sebab aku tak ingat hari apa masa hari itu yang aku kena hantar barang. Yang penting bukan hari cukur jambul cucu sulung Presiden Jerman.

Anyway, hari itu, aku pakai attire tipikal seorang pengilang menghantar produk kepada pengedarnya; t-shirt polos berkolar bebas corak yang di tucked in kemas pada seluar kodroy Nicole. Disamping rambut tersisir rapi menggunakan Loreal Studio dan berparfum Polo Double Black. Kombinasi yang tidak menonjol, tetapi sedikit terbilang.

Terus. Aku masuk sebuah koperasi sekolah berasrama ternama dan terus kepala melilau mencari seseorang.

"Kak Amy ada?"

Seorang gadis berbaju kurung standard sekolah dengan buku latihan SPM ditangannya mengerling sinis sambil menjawab,

"Toilet."

Masih belum puas, dia teruskan mengusha aku, atas bawah, depan belakang. Part belakang tu, ada ambil masa lebih sikit daripada part depan tadi. Well, aset tip top maa..

Tunggu! Masih bersisa lagi dialog tadi..

Ada.. ada..

Sikit lagi..

Tu dia..

Mai dah..

Nah!










"Form four takde kelas ke petang ni?"

Monday, August 18, 2008

The Pixelisme Siries : "Wah wah wah."

Idola Saya.

Beliau merupakan seorang genius sewaktu mengalahkan Kuratov Myrati, anak didik pemain chess nombor satu dunia, sejurus sebelum menduduki peperiksaan UPSR nya.

Mula berkecimpung di arena muzik underground luar negara ketika bersekolah menengah di Amerika Syarikat; dengan menjadi gitaris profesional dan diantara line up terawal yang menjadi batu asas kepada band kegilaan gadis tiada dan masih dara alaf baru; My Chemical Romance. Cuma separuh jalan. Tidak sempat ambil PMR.

Cintanya di Asia Tenggara masih menebal. Meski dipujuk rakan se band, namun beliau tetap akur dengan kehendak dalamannya; mahu mendalami ilmu Muay Thai di sebuah sekolah rahsia di Songkhla, Thailand. Gagah tubuh tanpa akal adalah umpama telur tanpa telur kuning. Sempat menduduki peperiksaan SPM dan meskipun terkocoh-kocoh, result nya memang hebat. Genius! Apapun, selepas mengungguli tali pinggang emas Peninju Pendatang Baru Kategori Lightweight Peringkat Dunia, beliau mula sedar secara serius akan kepentingan akademik.

Terkini, sambil menjalani kehidupan penuh humble dan low profile sebagai seorang pelajar arkitek sepenuh masa di barat Australia, beliau masih didambakan bakat dan abilitinya; sebagai model. Selepas menolak lamaran seluar dalam putih Calvin Klein, beliau memilih untuk menjadi model kamera mahal.

Sekian.

Friday, August 15, 2008

The Pixelisme Siries : "Knock knock."


"Chaaiisss....."
Isnin akan datang menyaksikan aku mendedahkan sesuatu. Sesuatu yang bisa menyentap norma-norma ruminaliti kita. Sesuatu yang....
Owh (sambil lentokkan tangan kanan ke dahi. Sila imajin. Ya. Macam itu.).

Thursday, August 14, 2008

The Pixelisme Siries : "Nguu.."


"Say cheese ma'am.."

Wednesday, August 13, 2008

Indigenous Prodigy Sweats Like Teen Spirit.

First off, I'm listening to Jason Mraz's Plane from Daus The Nestle Man's Friendster.

And it triggers me a lot.

Sambil dengar lagu ini, jari ini klik satu demi satu helaian FS kawan-kawan yang lain. Tengok album gambar maya mereka.

Tak dapat tipu.

Aku rindu mereka.

Cemburu, ada juga.

Aku tak tau.

Memang benar. Ada sumpahan kata orang dulu-dulu, "kita selalu tengok apa orang ada, tapi jarang nak tengok apa yang kita ada. Kurang bersyukur dengan apa yang kita ada."

Sekarang ia sudah jadi semacam mixed development.

Sama ada aku yang tiba-tiba memang sudah sampai masa tengah high akumulatif rasa sentimental pada set sosial atau memori lama, atau lagu ini sendiri sudah beri impak maksima sama medula oblongata aku.

Benar-benar memberi kesan. Habis sahaja lagu ini, aku drag semula ke awal. Dengar. Habis. Ulang. Sudah masuk belasan kali agaknya.

Sebelum ini lagu Love Hurts dendangan Incubus. Itu yang aku cuba kongsikan dengan kamu melalui beruang busuk The Dush Dush. Tapi kemudian aku dapati ia agak menyemakkan pandangan disamping mengganggu konsentrasi dan penghayatan penelitian di sini kerana modus operandinya memerlukan proses loading lagu.

Dan ia tersangkut-sangkut. Terkemut-kemut. Momotong tahap kestiman kamu di sini.

Aku tak mau.

Oh.

Lagu ini benar-benar sedang diserap subur oleh sel-sel otak aku.

Berselang-seli dengan memori dulu-dulu. Dengan mereka. Dan segelintir kamu.

Biarlah.

Aku bukan tidak mahu bersyukur dengan apa yang ada. Cuma aku mau kongsi apa aku rasa sekarang.

Ia ada rasa semacam aku sudah jauh ditinggalkan kawan-kawan (walhal aku yang membawa diri ke luar lingkup majoriti set sosial) sama ada secara literal atau metaforanya. Ditinggalkan dalam erti kata bukan sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan dan penghadiran jasmani, malahan secara total. Termasuklah sedikit kenangan yang melibatkan aku.

Ini (tunjuk segumpal kertas A4 renyuk berbentuk gumpalan), kononnya secebis memori bersama atau tentang aku. Ambil. Lontar. Masuk(tong sampah)! Three pointers!

Ya. Begitu situasinya. Aku rasa.

Aku rasa, rasa-rasanya aku sedang alami kemeruduman sesuatu, yang berselingkuh dengan alunan lagu ini (masih klik, habis, ulang sejak tadi).

Tentang impian. Tentang kenangan. Tentang kawan-kawan. Tentang kejayaan.

Ada antara mereka yang sudah berada ditahap yang selesa. Selesa itu satu segmen. Selesa dan boleh dinikmati bersama mereka. Secara geografinya, membenarkan.

Yeah! Aku dapat bonus. Jom aku belanja Malinja. Tarik tiga meja bagi rapat. Makan satu set. Borak tiga jam. Perghh...

Baru-baru ini kawan sepersekolah menengahan aku selamat berwalimatulurus. Tahniah Yaya dan Pa'an! Dan ia jadi seperti satu reunion mini. An adhoc alumni. Aku punya seronok pada masa itu, hanya Tuhan yang tahu. Dua kali pergi; satu masa pengantin lelaki belum sampai, satu lagi masa pengantin lelaki dah junjung periuk untuk sesi di ragging.

Sempat jumpa dan catch up few things dengan rakan-rakan. Short and sweet. Bilmakna, memang kejap sangat jumpa. Apapun sempat juga aku bawa lima makhluk pergi makan port kebanggaan daerah nan megah ini. Sakan sungguh berborak. Seronok yang amat. Ngu nga ngu nga ngu nga....

Masa itu, mata aku bergenang.

Aih.

Sekarang pun.

Mungkin aku penat sangat. Atau fokus sangat pada perniagaan. Mahu ber hu ha tapi tiada kawan disepanjang radius logik untuk diajak ber hu ha. Memang aku akui aku sempat curi masa untuk berblogging; sedikit sebanyak untuk tambah option meluahkan rasa. It is a break. A simple cyber break. Memang benar aku super rajin telefon My Boo sehari lebih dua kali untuk saling report mereporti. Tapi aku masih perlu ber hu ha secara berdepan dengan kawan-kawan. Bertepuk-tampar. Mencaci-cerca. Mengusik-usik. Semuanya berdepan-depan.










I think I do need a real break before Ramadhan.

Kut.










P/s: Sesiapa ada lagu Jason Mraz bertajuk Plane tak? Atau ada cara untuk ambil dari mana-mana? Tolong bagi atau ajar. Terima kasih.

Tuesday, August 12, 2008

The Pixelisme Siries : "So so lah."


Just reminding myself.

Monday, August 11, 2008

The Pixelisme Siries : "What?"


I need to produce, promote, and sell all things you can see above. Ramadhan is just about two weeks away. Therefore, I am automatically busy.
Later.

Friday, August 8, 2008

Tersungkur Kukur Lumur Sulur Hulur.

Aku ke 7E. Lapar. Belek-belek rak tepi. Bayar satu Maggi Cup. Buang foil cover. Perlahan-lahan. Tak mau bagi koyak. Cari muncung cerek.

"Currr....."

"Nutricious ka?"

Ada perut buncit bercakap dengan aku. Ada kesan pusat tersembul. Aku dongak. Cari tuan punya perut. Berpusat tersembul. Itu.

"Sorry?"

"Ini you makan, nutricious ka?"

"Sikit saja. Hungry maa. Want some?"

"No lah. Not good. Dah tua. Hmmm.."

Dia angkat bekas Maggi Cup aku. Aku yang lapar. Lapar dan Maggi Cup. Maggi Cup itu, ada nutrition facts. Dan uncle itu sedang baca. Satu persatu. Aku kurang sabar. Sebab perut lapar. Lapar dan Maggi Cup. Maggi Cup yang dibaca Uncle. Uncle yang berperut buncit. Yang pusat tersembul. Itu.

"Memang kurang elok, Uncle. Ada MSG, perasa, pewarna, pengawet. Tak elok punya. Tapi sekali-sekala, sikit-sikit saja tak apa maa."

Dalam kepala, sambil hulur tangan mau ambil Maggi Cup aku dengan kasar dan ego sang lapar. Aku yang lapar.

"Iya ka? Hmm.."

Dia letak di tempat dia ambil tadi. Tenung aku dalam-dalam. Dalam aku yang ada perut. Tapi bukan yang buncit. Buncit macam perut dia.

"I think aa, you should start makan pasir."

Provokasi? Impuls lalu telinga. Perut. Baru otak.

"Why?"

"Lima tahun lagi, memang you semua orang makan pasir."

Masih provokasi? Impuls lalu telinga. Perut. Kandas.

"Why?"

"Ask YOUR politicians."










Mmmm... Shehaapp...

Thursday, August 7, 2008

Treble. Bass. Volume. Loudness. Power.

A nice and pleasant reminder for those who are busy. Including me. Particularly. Some of you may heard or read these before. But hey, waddaheng.










The Mayonnaise Jar & 2 Cups of Coffee

When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar and the 2 cups of coffee .

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, he wordlessly picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golfballs. He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with an unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the tableand poured the entire contents into the jar effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.

'Now,' said the professor as the laughter subsided, 'I want you torecognize that this jar represents your life. The golf balls are theimportant things---your family, your children, your health, yourfriends and your favorite passions---and if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house and your car.

The sand is everything else---the small stuff. 'If you put the sand into the jar first,' he continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff you will never have room for the things that are important to you.

'Pay attention to the things that are critical to your happiness. Spend time with your children. Spend time with your parents.. Visit with grandparents. Take time to get medical checkups. Take your spouse out to dinner. Play another 18. There will always be time to clean the house and fix the disposal. Take care of the golf balls first---the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand. '

One of the students raised her hand and inquired what the coffeere presented. The professor smiled and said, 'I'm glad you asked.

'The coffee just shows you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.










8th and 9th of August ramai orang mau kahwin. Termasuklah kawan-kawan aku. Dan juga antara kamu. Setakat ini dan seingat aku, dalam enam pasangan yang menjemput. Kot. Kemungkinan besar, macam aku tak dapat pergi. Kesemuanya.










P/s: Sayang, nanti masa kita kahwin, tolong jangan expect ada kawan saya akan datang.